Tuesday, April 23, 2013

Tangga Hidup


Nun jauh sana terus ke langit,
Tinggi benar tangga ini, sungguh.
Adakah harus aku melangkah naik,
Atau sahaja melihatnya dari bawah.

Sejenak berfikir apa yang ada di sana,
Ingin juga aku panjat dan mengintai.
Mungkin ada segala-galanya yang aku mahu,
Dan mungkin juga hanya sebatang anak tangga.

Tapi aku ini gayat orangnya,
Penakut, bachul dan lembab.
Mana tahu semasa aku melangkah, tiba-tiba terjatuh.
Habis ranap semua tulang badan aku.

Jadi aku rasa aku hanya boleh bersila di sini,
Dan mendongak tepat ke langit dan terus bermimpi.

No comments:

Post a Comment