Monday, April 29, 2013

Cinta Abadi/Eternal Love


Cinta Abadi

Andai kata aku pergi satu hari,
Jangan tarik aku semula kedunia.
Heret aku ke dalam tanah,
Tutup duniaku dari segala cahaya.

Kerana telah tibanya untuk aku bersatu,
Perjumpaan terulung milik aku,
Penyatuan perdana bagi ku,
Iaitu bersama Allah Maha Satu.

Aku harap semua senang dengan hajat aku,
Dan semua seksa dan senang yang aku bakal terima,
Adalah nyata pilihanku semasa masih berjiwa.
Jadi tulislah di nisan ku dengan nama ku dan nama-Nya.


Eternal Love

Suppose one day I may leave,
Do not drag me back into the world,
Drag me into the ground,
Let my world be no light.

It’s time for my unification,
The best I may encounter,
The best of meetings,
It is Allah the Great.

I hope everyone is easy with my wishes,
And all dooms and punishment that I will receive,
It is by hand my choice while I am still alive.
So write, write His name on my tombstone next to mine.

Walaupun


Aku bilang engkau sebagai satu udara,
Yang melepasi apa rintangan.
Walau ditahan, walau di kedap,
Lolos juga.

Engkau suatu yang tiada bunyi,
Bila aku cuba mendengar, berdengung.
Walau telah ku matikan televisyen dan radio,
Langsung tiada apa.

Tapi aku masih percaya,
Walau susah, karut atau tidak masuk akal,
Aku tetap akan percaya, bahwa
“Tak mustahil jika aku ingin sampai kepada mu.”

Jadi dengarlah pesanan dari ku,
“Jelmalah sebagai suatu fizikal,
Yang bisa disentuh, yang bisa dilihat. Yang bisa dicintai.”
Kerana aku percaya engkau punyai telinga yang bisa mendengar.

Tapi tak mengapa, walau kau wujud sebagai fizikal di hati pun dah cukup.

Tuesday, April 23, 2013

Maha Satu


Terjagaku daripada lamunan fenomena mimpi;
Badanku roboh dan jiwaku ranap tersedar; Aku menyebut "Alhamdulillah."

Nipis pahalaku, tebal dosaku;
Getir di dalam dada yang sebak; Aku tutur "Astaghfirullahalazim."

Sedar betapa kecil diriku, bertapa kecil dunia;
Aku tunduk tanda betapa besarnya Dia; Dan aku ujar "Allahu akbar."

Permulaanku bermula dari-Nya, penamatku ditamatkan oleh-Nya;
Hanya Dia yang mengukir jalan-jalan ku; Aku percaya "Lailahaillallah."

Hari ini hari aku sedar, hari aku terjaga; hari aku mengerti;
Bahawa patuh ku, taat ku, cinta ku, pasrah ku, setia ku, fanatik ku, hanya untuk-Mu, Ya-Allah.

Bisik perlahan bibir ku ke hati ku; Aku mengucap "Ashadu an la ilaha illa'llah wa Ashad anna Muhammadan Rasululu'llah."

Tangga Hidup


Nun jauh sana terus ke langit,
Tinggi benar tangga ini, sungguh.
Adakah harus aku melangkah naik,
Atau sahaja melihatnya dari bawah.

Sejenak berfikir apa yang ada di sana,
Ingin juga aku panjat dan mengintai.
Mungkin ada segala-galanya yang aku mahu,
Dan mungkin juga hanya sebatang anak tangga.

Tapi aku ini gayat orangnya,
Penakut, bachul dan lembab.
Mana tahu semasa aku melangkah, tiba-tiba terjatuh.
Habis ranap semua tulang badan aku.

Jadi aku rasa aku hanya boleh bersila di sini,
Dan mendongak tepat ke langit dan terus bermimpi.

Just Another Car Passing By


So I walked along a street,
Cold and empty.
I've been here before,
It was deadly.

So long I walked with every footstep,
Dragging my feet.
Seemed like I never wanted to leave,
I could feel the defeat.

It was dark,
Abandoned, desolated, hollow.
I needed to find a shelter,
I needed to find a friend.

Wasted.

So there! There was a light ahead, shone straight to me. I smiled, but,

Don't be surprised,
It was just another car passing by.
It was just another car passing by.

Saturday, April 20, 2013

Sayap Dari Mu Belum Ku Jumpa


Aku,
Adalah daging dan otot yang berjiwa,
Seribu serapah yang terpahat di dada,
Pikiran durjana pada setiap nafas.

Aku jauh dari sempurna.

Aku,
Lacurkan semua janjian ku kepada Mu,
Malah pernah bersenyumkan semua kekufuran,
Dengan tubuh yang hanya dipinjamkan.

Aku sah bukan sempurna.

Aku,
Mengurung fisikal ku dari cahaya,
Gelap penuh dendam dan marah,
Tiada arah yang nyata di tuju.

Aku sumpah tidak sempurna.

Aku,
Lelah aku berjuang,
Letih aku menulis,
Penat aku berpuisi.

Aku sumpah ingin akhiri dunia.

Aku ingin lepas dari semua,
Sepak terajang rantai-rantai yang menindas,
Lepaskan aku, lepaskan aku... Dan berikan aku sayap.

Tolong berikan aku bilahan sayap, supaya boleh aku terbang ke langit,
Untuk terus ketemu Mu.

Di Antara


Apakah reputasiku untuk Mu,
Di manakah posisiku di mata Mu,
Edisi manusia yang manakah aku pada Mu,
Yang sungguh, yang biasa atau yang kosong?

Yakin aku bukan yang beriman,
Pasti aku bukan yang padan,
Benar aku bukan sang budiman,
Adakah akan kau tempatkan kecelakaan di jalan aku nanti?

Aku takut, Ar Rahman Ar Rahim,
Jadi ini puisi aku untuk Mu.