Thursday, May 30, 2013

Tabah

Walau dihentam bertalu,
Walau dipecah seribu,
Walau disepak terajang,
Walau dicincang pedang.

Tabahlah.

Dengar pukulan gendang,
Itulah bunyian harapan. Semangat.
Jadi gunalah jemari kecil yang tinggal itu,
Untuk mengutip cebis-cebisan badan.

Kutip satu persatu, cantum satu per satu,
Biar lama, asal cukup semua dikutip.
Digendong bersama, kerana kamu punyai maruah,
Jangan tinggalkan, walau secebis.


Sunday, May 26, 2013

Fasa

Fasa baru.

Ini sebuah fasa baru dalam hidup.

Perlu dipetik bintang baru dilangit,
Perlu ditulis hasrat yang baru,
Perlu ada impian baru,
Semua kena baru.

Ini sebuah fasa yang asing dalam hidup aku.

Perlu belajar berjalan lurus berkaki tempang,
Kondisi badan cacat cela,
Kondisi otak luar kawalan,
Semua tak kena.

Ini sebuah fasa yang aku tak suka.

Ini fasa baru yang malang.

Thursday, May 23, 2013

Sial...


Aku ni manusia biasa je,
Tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan,
Hanya seorang manusia normal,
Tak ada kehebatan unik.

Tapi didepanku ada seorang Puteri,
Tak nafikan dia memang mendahului aku dalam semua aspek.
Memang tak lah aku nak tegur dia, harapan,
Tengok dalam cermin pun tergelak sendiri.

Dalam tenungan aku, tiba-tiba dia toleh kat aku,
Sumpah demi Allah aku terkejut.
Lagi lagi bila dia senyum tepat kat aku,
Dalam hati aku, aku terus “Sial.”

Tuesday, May 21, 2013

Mimpi Realiti


Engkau wanita fantasi ku,
Menghidupkan imiginasi ku.
Meriangkan segala riaksi ku,
Dengan sikap persisi mu.

Engkau adalah seleksi ku,
Bukan untuk koleksi ku.
Tetapi untuk selalu disisi ku,
Dengan sikap asasi mu.

Ayuh jangan berhenti,
Teruskan berlari dan berlari,
Untuk mengejar mimpi,
Mimpi yang bakal menjadi realiti.

Patut Dibakar Sahaja


Jadi di kertas ini bukti perjalanan kita,
Ada aku tuliskan nama kita berdua,
Ada aku tuliskan kenangan kita berdua,
Ada aku tuliskan mimpi kita berdua.

Jadi di kertas ini bukti pengembaraan kita,
Ada aku tuliskan konfrontasi kita berdua,
Ada aku tuliskan konflik kita berdua,
Ada aku tuliskan perbalahan kita berdua.

Tapi dengan aturan Tuhan,

Nasib baik aku tulis dengan mata pensel,
Mudah aku padamkan semua.

Tak pernah kenal, tak pernah tahu.

Wahai Tuhan


Kehidupan ku,

Aku seorang insan yang penuh dengan kelemahan,
Hari demi hari aku melahirkan dosa,
Diri sendiri tak terdaya untuk mengimbas jumlahnya.
Wahai Tuhan, bantulah diriku.

Fikiran ku,

Namun aku sememangnya kesal dengan kekurangan ku,
Kenapa diriku tidak pernah untuk tersedar,
Tolong kejutkan hamba Mu ini dari mimpi dunia.
Wahai Tuhan, sedarkanlah diriku.

Perbuatan ku,

Segala puji bagi-Mu; aku bisu.
Segala puji bagi-Mu; aku pekak.
Segala puji bagi-Mu; aku buta.
Wahai Tuhan, terimalah diriku lagi.

Dosa ku,

Namun nafasku tak pernah putus,
Dan nyawaku masih Kau utus,
Sudah tiba masa untuk aku membalas semua jasa-Mu.
Wahai Tuhan; yang benar; sungguh; maafkanlah diriku ini.

Al-Wadud, Ar-Rahman, Al-Ghafur, As-Salam, Ar-Rahim, Al-Karim.

Wahai Manusia


Wahai Manusia,

Benarkan diri ku menjengukmu,
Sewaktu kau menjamah makanan.
Sedang aku melihat riak wajahmu,
Terfikir sejenak dua betapa seleranya.

Diriku masih di bawah melihat mu di atas,
Selesa sungguh diri mu di situ,
Berdudukan kerusi; Meja berlapikan kain,
Berpinggankan makanan; Bercawankan minuman.

Masih aku melihat gerak-geri jari-jemari mu,
Yang berjalan-jalan untuk mendapatkan nikmat mu itu.

Engkau mula memandang ke arah ku,
Aku kata aku mahu simpati, Aku mahu akan simpati.
Lalu kau lemparkan sedikit sisa makanan mu,
Berlari-lari aku mendapatkannya.

Tetapi walau makanan berlandaskan lantai kotor yang dipijak-pijak oleh kamu,
Tetap aku berterima kasih kepada mu wahai Manusia.
Dengar, wahai Manusia.


:- penulisan ini tentang kucing semata-mata

Cinta



Cinta ini bagai sebuah melodi,
Membuatkan ku ingin menari.
Jadi tunjuklah segala gerak-geri,
Itulah apa yang ku nanti.

Cinta ini bagai sebuah ilusi,
Membuat ku tercari-cari.
Jadi tunjuklah segala isi hati,
Itulah apa yang ku nanti.

Akan ku tayangkan segala padamu,
Selamanya takkan aku jemu.
Hingga akhirnya kau pun tahu,
Apa sebenar dalam isi hati ku.

Sunday, May 19, 2013

Aku Mati


Aku percaya aku boleh terbang,
Bangunan ini tidaklah tinggi mana,
Tunggu sebentar; aku mahu mengambil langkah,
"Bismillah dan Amin."

Lalu aku ke hadapan dan lihat di bawah,
Fikir semula; "Tinggi juga bangunan ini",
Dan aku membawa diri ke belakang semula,
Bersedia untuk terbang jauh tinggi.

Masa kian suntuk untuk aku membawa diri,
Menajamkan fokus aku dan tumpu.
Aku pun berlari selaju mungkin,
Lalu aku loncat dari bangunan ini.

Sayangnya aku tidak bersayap,
Perlahan-lahan aku terjunam ke bawah.
Lalu aku mengimbas semua kenangan lalu,
Tiba-tiba semua senyap; aku mati.

Taubat Ku


"Ya Allah,
Bengisnya kilat Mu-
Ya Allah,
Bahangnya matahari Mu-
Ya Allah,
Pantasnya waktu Mu-
Ya Allah,
Jemunya hari Mu-
Ya Allah,
Mualnya rezeki Mu-
Ya Allah,
Hambarnya malam Mu-
Ya Allah,
Derasnya masa Mu-
Mengapa?"

Itulah kata-kata yang ditutur oleh diri ku; Sebelum ku sedar siapa sebenar diri ku.
Tiada taraf untuk diri ku menyoal Mu; Bukan kelas ku untuk menanya cara Mu sebegitu rupa.

Aku hamba; Aku masih mengubah corak langkah; Terimalah taubat ku, Tuhan ku.

Tetap Aku


Engkau hadir di kala hidup ku dalam kelam,
Tatkala jasad ku hanya berhak di hina,
Siapalah aku ingin bangun, berdiri dan diterima mu.

Tetap engkau tiba jua di hari ku,
Engkau menghadiah ku hidup tenang,
Ingin aku peluk kukuh walau diri ku kekurangan.

Di dalam keinginan aku risau,
Mana tahu aku tak dapat berikan yang sepatutnya,
Setiap penjuru aku rasakan kelemahan diri.

Lalu,

Engkau mengusir segala haru yang ada,
Engkau kata "tak mengapa, kita jalani bersama."
Dan akhirnya aku bangun jua, dan gapai.

Tapi tiap hari, aku tetap aku. Aku yang terlalu hina, yang kurang, yang lemah.

Cerita Ku


Seberapa kompleksnya diri ku,
Seberapa rumitnya diri ku,
Seberapa belitnya diri ku,
Harapanku untuk kamu mendampingiku.

Aku bukan sempurna, malah cacat cela.
Tidak setaraf gentleman, bukan di liga ulamak.

Tetapi ada sesuatu yang mudah difahami,
Walau kompleks mana, rumit mana, belit mana,
Diri ku ini sememangnya sayangkan kamu.

Biar ia Pergi


Jangan tahan di dalam,
Belajar untuk melepas,
Walau tahu dirinya tidak akan kembali.

Jangan biar berdendam,
Tiada lagi untuk dipertahan,
Walau tahu dirinya akan pergi selamanya.

Sakit jika di tahan,
Biarkan ia pergi,
Walau tahu dirinya tak mungkin kemari.

Bukan apa, kentut je kot, biar jelah lepas.

Mana Mungkin



Langit; bolehkah ia dicapai,
Laut; bolehkah ia direnangi.
Tak mungkin tak mungkin.

Pernah aku loncat ke langit dan terjatuh,
Pernah aku loncat ke laut dah tenggelam.
Mana mungkin mana mungkin.

Friday, May 17, 2013

Kotor


Dasar insan tidak tahu malu,
Jari ditunding-tunding pada benda jelek,

Apa kuasa kamu menunding,
Sedangkan jari mu sendiri kotor.

Wednesday, May 15, 2013

Batu Sial


Jika engkau diberi sebuah batu, apa yang akan kau lakukan.
Mengukir menjadi satu bentuk yang kau suka, atau menerima seadanya?

Malah aku tahu,

Daripada pilihan yang sedia ada kau akan memilih untuk melontarnya sekuat hati ke dalam laut,
Dengan penuh benci, penuh marah, penuh dendam, penuh hasad.

Kau akan kata “Batu Sial!” semasa kau lontarkannya,
Dan kau akan biarkan ia lemas terus ke dalam dasar laut, hilang, tak ketemui, mati.

Mungkin pilihan itu bijak.

Between Lovers, There can be no Separation


Don’t you ever walk into the dark without a light,
Don’t you ever try to swim without catching a breath.

So take this light and let it be your guidance,
Take a deep breath and let it be your life.

And so face the world.

If you wish to go alone, there is no promise to be safe.
If you wish to go alone, there is never a promise to be safe.

Because I believe; between lovers, there can be no separation.
Between lovers, there must be no separation.

So take Allah with you, for he is the best companion.

And mark my words of Rumi; “Between lovers, there can be no separation.”

Friday, May 10, 2013

Kembara Kita


Aku bangun dan cuba berjalan sendiri,
Kerana aku tahu bahawa aku berupaya.
Lansung tidak meminta pertolongan sesiapa,
Tiada campur tangan sesiapa pun.

Aku tentukan hala aku sendiri,
Kerana aku tidak menduga kemampuanku.
Ke mana pun destinasi aku pergi,
Tiada seorang pun terlibat dalam kembara ku.

Hingga satu hari aku terperangkap,
Dalam satu alam yang menarik ku ketanah.
Satu bentuk kuasa yang terus menekan-nekan,
Sedaya badan ku cuba bangun tapi berat.

Secara spontan "ALLAH!" aku jerit tak kufikirkan.

Kali ini, aku tahu aku perlukan-Nya, dalam Kembara ini. Jangan seorang diri.

Wednesday, May 1, 2013

Tak Sedap


Salah seribu satu sebab ini terjadi,
Aku mengaku kerana kita bukan  Milo Ais.
Dimana aku bukan Susu, kau bukan Milo.

Kita lebih seperti Minyak dan Air,
Bahan Kimia yang tak mungkin beri riaksi,
Tidak boleh di campur aduk. Asing. Beza.

Bosan, tak sedap pun.

Perempuan Lelaki

Perempuan:

Sayang, pernah tak you dengar cerita pasal seorang lelaki ni,
Sumpah dia handsome,
Naik kereta dua pintu,
Rumah ada driveway.

Pernah tak?

Tapi satu benda dia tak ada, dia bukan awak.

Lelaki:

Sayang, pernah tak you dengar cerita pasal seorang perempuan ni,
Sumpah dia cantik,
Sopan bertudung,
Kurus manis,

Pernah tak?

Tapi satu benda dia tak ada, dia bukan awak.

Cerita Kita


Pada mulanya, masa depan kita seperti fairy tale,
Kata-kata kita di ambil seperti janji,
Perbuatan kita langsung tak dihakimi,
Semua rasa senang hati.

Kemudiannya, masa depan kita seperti biasa,
Kata-kata kita di ambil seperti terbiasa,
Perbuatan kita di anggap seperti normal,
Semua inginkan perhatian.

Akhirnya, masa depan kita seperti lenyap,
Kata-kata mula tidak di ambil peduli,
Perbuatan kita ibarat tidak cukup,
Semua mahukan yang lain.

Padahal sama sahaja seperti dari mula, tak ada beza pun, cuma mungkin rindu.

My Aim


I can't wait to see you again,
You are now all over in my vein.
And by the way how you entertain,
I would call you my cocaine.

I don't want to wait too long,
'Cause I know you are where I belong.
And by the way how we spend our time along,
I would call you my song.

Tell me that you feel the same,
We have set the flame,
Yes this is our game,
And you are my aim.

Padan Muka


Jangan berlagak pandai,
Otak tu tak lain macam Keldai.
Jangan cakap besar,
Sebab aku jenis main kasar.

Konon kau paling kuat,
Tak tahu ada yang lebih hebat.
Konon kau paling handal,
Tak tahu ada yang lebih kental.

Kononnya tak ada satu benda pun yang boleh melemahkan diri,
Apa kata kau balik rumah dan cuba cermin diri.

Suatu hari kau akan jatuh jua,
Hari itulah aku akan kata Padan Muka.