Tuesday, April 23, 2013

Maha Satu


Terjagaku daripada lamunan fenomena mimpi;
Badanku roboh dan jiwaku ranap tersedar; Aku menyebut "Alhamdulillah."

Nipis pahalaku, tebal dosaku;
Getir di dalam dada yang sebak; Aku tutur "Astaghfirullahalazim."

Sedar betapa kecil diriku, bertapa kecil dunia;
Aku tunduk tanda betapa besarnya Dia; Dan aku ujar "Allahu akbar."

Permulaanku bermula dari-Nya, penamatku ditamatkan oleh-Nya;
Hanya Dia yang mengukir jalan-jalan ku; Aku percaya "Lailahaillallah."

Hari ini hari aku sedar, hari aku terjaga; hari aku mengerti;
Bahawa patuh ku, taat ku, cinta ku, pasrah ku, setia ku, fanatik ku, hanya untuk-Mu, Ya-Allah.

Bisik perlahan bibir ku ke hati ku; Aku mengucap "Ashadu an la ilaha illa'llah wa Ashad anna Muhammadan Rasululu'llah."

No comments:

Post a Comment