Sunday, August 11, 2013

Aku Ada

Apa lagi persoalan kau pada diriku;

aku bukan mistik, bukan artifisial, bukan duplikat,
bukan imitasi, bukan misteri, bukan replika, bukan palsu.

Tiada klise-nya,
kerana aku adalah yang nyata, yang benar.

Jika ditimbang, aku ada beratnya.
Jika diukur, aku ada meternya.
Jika dilihat, aku ada rupanya.
Jika disentuh, aku ada suamnya.
Jika dihidu, aku ada baunya.
Jika didengar, aku ada bunyinya.

Aku ada, percayalah.
Aku hanya tidak ada bila kau mahu terus percaya yang aku tidak ada.

Itu semua pilihan kau, itu semua keputusan kau.

Seberapa Perkara

Seberapa perkara,

Yang tak disengaja:

Terjumpa.
Terborak.
Terminat.
Tersuka.
Tersangkut.
Tersayang.
Terbosan.
Ter-rimas.
Terbenci.
Tergaduh.
Termaki.

Seberapa perkara,

Yang disengaja:

Seperti biasa, yang di sengajakan adalah, biar lakon tidak kenal, seperti awalannya.
Seperti sebelumnya, sebelum terjumpa. Kan elok kalau tak pernah.