Tuesday, July 23, 2013

Wilayah Cahaya

Aku datang dari cahaya,
aku tinggalkan cahaya,
aku bekalkan apa yang perlu,
lalu aku keluar.

Semasa perjalanan,
aku mengutip semua yang cantik,
cantik untuk diri aku,
lalu aku pakaikan ke badanku.

Aku rasa gembira,
aku tidak henti mencari,
bila aku jumpa apa yang aku suka,
aku pakaikan ke badanku.

Aku pakaikan semua, aku tidak berhenti berjalan,
ada kalanya aku berlari untuknya!

Tapi sekian lama,
setelah dipakaikan semua,
aku rasa badan aku berat sangat,
aku letih, perlu menyeret badan ni, aku tidak suka.

Aku sedih, aku bukan yang dahulu lagi,
dan dunia ini sudah gelap untuk aku.

Jadi aku mengingati diri ku,
"Aku datang dari cahaya, ingat, aku datang dari cahaya!"

Lalu aku lepas kan semua yang aku suka ini,
semua beban yang aku pernah pakaikan dan campaknya ke tanah,
aku tidak perlukannya lagi,
aku rebah kerana letih, terdampar.

Aku tidak tahu kemana harus aku pergi,
semuanya gelap-gelita,
lalu aku melihat di belakang,
aku senyum, "Cahaya masih disitu."

Pantas aku bangun,
lebih dari suka,
aku berlari meninggalkan dunia gelap itu,
dan pulang ke cahaya.

Kini aku pasti,
walau jauh mana telah aku pergi, cahaya setia menunggu,
kerana ia adalah kebenaran.

Aku rakyat "Wilayah Cahaya."
aku dilahirkan di "Wilayah Cahaya."
ia adalah pegangan ku, raja ku, akidah ku.
dan Ia adalah cara hidup ku.

Kewujudan ku.

No comments:

Post a Comment