Wednesday, June 19, 2013

Ia Bukan Kanser

Ia memakan diri dari dalam,
Sedikit demi sedikit.
Ia mematikan suis fungsi-fungsi organ,
Satu demi satu.

Ia datang secara hendap.

Ia adalah rasa, ia adalah fikiran,
Sistem imun tak bisa berbuat apa,
Kerana segalanya adalah ia,
Integralnya Dunia ini dan ia.

Dan bila ingin mencabut ia keluar dari badan,
Semua takut dengan kesan sampingan, tidak berani.
Mungkin kerana ia telah mencengkam kuat,
Sebati akarnya kedalam organ, tak boleh.

Jika dicabut, mati semuanya.
Akan rebah, kesal.

Ia bukan Kanser.

No comments:

Post a Comment