Tuesday, September 10, 2013

Letrik

Engkau bahaya,
bervoltan tinggi,
boleh kena kejutan elektrik.

Aku tidak berani,
seperti menguji voltan AC dengan jari,
boleh kena renjatan elektrik.

Jadi aku disini, tersipu malu, kerana tak sanggup.

Mangsa yang terkena renjatan elektrik,
mereka hilang fungsi saraf pada otak, tidak sedarkan diri,
hilang daya pernafasan, terhenti denyutan jantung.

Aku tidak sanggup. Biar aku disini.

Biar ruang kosong di antara kita dipanggil Penebat Elektrik.

Aku percaya pada ruang ini.

No comments:

Post a Comment