Monday, June 3, 2013

Sarkastik

Tolak aku sampai jatuh,
Aku bangun; tepuk habuk kat seluar dan baju.
Aku senyum sinis; Aku bisik sendiri - "Tak mengapa."
Aku tak akan marah, tak akan.

Kerana aku nak menjaga hati orang,
Tapi bagiku ini bukan satu kelebihan.

Kerana;

Dalam ingin menjaga hati orang,
Setiap yang terasa, aku secara tak sengaja memendam.
Bila terlalu lama memendam diri ini,
Aku kadang-kadang terkeluar kata sarkastik.

Sumpah tak sengaja.

Tapi lihatlah pada baiknya, aku sebenarnya ingin menjaga hati. Bukan sengaja sarkastik. Tak sengaja.

Saturday, June 1, 2013

Rolling Stones

Jauh dari pandangan, matahari kian timbul,
Aku duduk disebalik tingkap, termenung.
Lalu, aku putarkan lagu Rolling Stones,
“She’s a Rainbow.”

Bila aku jumpa dia nanti, aku nak dedikasikan lagu ini kat dia.

Engkau, Bagi Ku

Gitar, tanpa tali, tak ada lah bunyinya.
Kereta, tanpa pemandu, tak ada lah pacuannya.
Buku, tanpa bahasa, tak ada lah ilmunya.
Kapal terbang, tanpa sayap, tak ada lah terbangnya.

Dan bagi ku,
Aku, tanpa kau, tak ada lah jiwanya.
Terima kasih kerana saling melengkapi aku.

Kerana bagi ku,
Engkaulah musik ku, engkaulah panduan ku, engkaulah isyarat ku, engkaulah sayap ku.
Cukup semua yang aku minta. Sempurna.

Burung


Biar aku menceritakan,
Tentang Sang Burung.
Ianya bukan helang,
Ianya bukan gagak.

Bersayap sebesar padang,
Paruh setajam parang.
Kaki seteguh balak,
Badan sekeras bata.

Burung betina sentiasa disisi,
Beratur cuba memiliki Sang Burung.
Hitam, Coklat dan juga Puteh,
Kalau boleh hingga ke hilir.

Sungguh megah hidup,
Sesombong sombongnya.
Tiada resah atau masalah,
Hidupnya konon bahagia selamanya.

Tapi apakah sangat.

Kini aku ingin menceritakan,
Sang Burung yang kininya kian tua;

Bersayap sekecil daun,
Paruh setumpul siku.
Kaki selemah ranting,
Badan selembik tanah.

Sudahlah engkau Sang Burung, pergi mati,
Jahanam terus, rakusnya engkau dasar binatang.

Biar Padan Badan Merasa


Tuhan,
Benarkan aku terjun ke sungai,
Yang mengalir deras terus ke pantai.
Tetapi tolonglah sentiasa disisi ku,
Andai ku lemas, andai cuaca buruk.

Tuhan,
Jikalau aku selamat ke pantai,
Benarkan aku berenang ke seberang laut.
Tetapi tolonglah sentiasa disisi ku,
Andai ku dibaham ombak besar.

Tuhan,
Jikalau...

Tuhan,
Tetapi sebelum aku terjun,
Selalu aku ingin menanya-Mu,
Selama ini, pernahkah aku disisi-Mu walau sekali?
Jika tidak, kau biarkanlah aku keseorang.

Biar padan badan merasa.

Flashback


We were once very happy,
Now everything has forgotten,
Well the past has rotten.

We were once very happy,
Now what worth remembering,
When past is disappearing.

We were once very happy,
But never I forget, never I regret,
Because you are my best flashback.

So Loved and Unloved


My feet nearly leave the ground,
My head nearly touches the sky,
I feel so loved and unloved.

My legs are trying to reach the ground,
My hands are stretched into the sky,
I feel so loved and unloved.

Never enough, I want more.

Let Me Tell You


Let me tell you my story,
About how you made me so different.

If I never ever met you,
I wouldn't know what true love really meant.