Tolak aku sampai jatuh,
Aku bangun; tepuk habuk kat seluar dan baju.
Aku senyum sinis; Aku bisik sendiri - "Tak mengapa."
Aku tak akan marah, tak akan.
Kerana aku nak menjaga hati orang,
Tapi bagiku ini bukan satu kelebihan.
Kerana;
Dalam ingin menjaga hati orang,
Setiap yang terasa, aku secara tak sengaja memendam.
Bila terlalu lama memendam diri ini,
Aku kadang-kadang terkeluar kata sarkastik.
Sumpah tak sengaja.
Tapi lihatlah pada baiknya, aku sebenarnya ingin menjaga hati. Bukan sengaja sarkastik. Tak sengaja.
Haha takpe takpe . Tolak lah lagi *sarkastik*
ReplyDelete