Sunday, August 11, 2013

Aku Ada

Apa lagi persoalan kau pada diriku;

aku bukan mistik, bukan artifisial, bukan duplikat,
bukan imitasi, bukan misteri, bukan replika, bukan palsu.

Tiada klise-nya,
kerana aku adalah yang nyata, yang benar.

Jika ditimbang, aku ada beratnya.
Jika diukur, aku ada meternya.
Jika dilihat, aku ada rupanya.
Jika disentuh, aku ada suamnya.
Jika dihidu, aku ada baunya.
Jika didengar, aku ada bunyinya.

Aku ada, percayalah.
Aku hanya tidak ada bila kau mahu terus percaya yang aku tidak ada.

Itu semua pilihan kau, itu semua keputusan kau.

Seberapa Perkara

Seberapa perkara,

Yang tak disengaja:

Terjumpa.
Terborak.
Terminat.
Tersuka.
Tersangkut.
Tersayang.
Terbosan.
Ter-rimas.
Terbenci.
Tergaduh.
Termaki.

Seberapa perkara,

Yang disengaja:

Seperti biasa, yang di sengajakan adalah, biar lakon tidak kenal, seperti awalannya.
Seperti sebelumnya, sebelum terjumpa. Kan elok kalau tak pernah.

Tuesday, July 30, 2013

Fiksyen

Ini sebuah cerita fiksyen yang di reka-reka,
di cipta oleh aku dan sembunyikan di dalam kepala.

Di hiasi dengan bau kamu,
intisarinya ada senyum kamu.

Bayanganmu kapasitinya,
hanya kamu semata-mata.

Dan jika kau tanya, apa yang aku fikirkan,
aku akan jawab, "Seseorang."

Dan jika kau tanya, siapa yang aku fikirkan,
aku akan jawab, "Wanita."

Dan jika kau tanya, apa namanya,
aku akan jawab, "Rindu."

Cerita fiksyen di kepala aku,
aku namakan, "Kamu."

Sunday, July 28, 2013

From the Sky

He came from the top, to meet his lover,

He asked his lover:
"How well are you doing?"

The lover replied:
"When I am with you, I am no longer someone, but I am Your's.
When I am with you, I am no longer need help, because there is You.
When I am with you, I don't recognize myself anymore, I only want to know You.
When I am with you, I don't dedicate my life to myself, but to only You.
When I am with you, the world is a stage, presented to only You.
When I am with you, I leave power and strength behind, because You are them.
I want to merge with You, to share my life with You, to be with You.
I want to close my eyes, and to think of only You, during the days and nights.
I want to come with you, to the world of your, and be with you every second of the time.
I want to rip my chest, and present You my heart, so You know it is true,
The love I have inside is true. It is for You. As I live and die. It is for You."

He said back:
“So remember Me; I will remember you.” (Al-Quran 2:152)
“Call upon Me; I will respond to you.” (Al-Quran 40:60)

Saturday, July 27, 2013

Hati

Jika kau tanya pada kedua kaki,
akan ia berhenti dan melutut.
Jika kau tanya pada kedua bahu,
akan ia hanya mengangkat dirinya.
Jika kau tanya pada lidah,
akan ia mengunci bibir.
Jika kau tanya pada jantung,
akan ia berdegup lebih kencang.
Jika kau tanya pada kedua tangan,
akan ia mengusap kepala dan menutup muka.
Jika kau tanya pada kedua mata,
akan ia memejam dan mengalirkan air.

Dan akhirnya,
jika kau tanya pada hati,
akan ia berkata,

"Wahai tubuh dan jiwa ku yang ku sayang, sebatinya kau dan aku.
Jangan risau, jangan resah, jangan ambil hati, jangan berfikir apa.
Semua permainan dunia tiada makna di hari kelak, buanglah semua egois.
Hadaplah Raja mu, pertolongan mutlak darinya, seperti yang dijanjikan akan dikotakan."

Tuesday, July 23, 2013

Wilayah Cahaya

Aku datang dari cahaya,
aku tinggalkan cahaya,
aku bekalkan apa yang perlu,
lalu aku keluar.

Semasa perjalanan,
aku mengutip semua yang cantik,
cantik untuk diri aku,
lalu aku pakaikan ke badanku.

Aku rasa gembira,
aku tidak henti mencari,
bila aku jumpa apa yang aku suka,
aku pakaikan ke badanku.

Aku pakaikan semua, aku tidak berhenti berjalan,
ada kalanya aku berlari untuknya!

Tapi sekian lama,
setelah dipakaikan semua,
aku rasa badan aku berat sangat,
aku letih, perlu menyeret badan ni, aku tidak suka.

Aku sedih, aku bukan yang dahulu lagi,
dan dunia ini sudah gelap untuk aku.

Jadi aku mengingati diri ku,
"Aku datang dari cahaya, ingat, aku datang dari cahaya!"

Lalu aku lepas kan semua yang aku suka ini,
semua beban yang aku pernah pakaikan dan campaknya ke tanah,
aku tidak perlukannya lagi,
aku rebah kerana letih, terdampar.

Aku tidak tahu kemana harus aku pergi,
semuanya gelap-gelita,
lalu aku melihat di belakang,
aku senyum, "Cahaya masih disitu."

Pantas aku bangun,
lebih dari suka,
aku berlari meninggalkan dunia gelap itu,
dan pulang ke cahaya.

Kini aku pasti,
walau jauh mana telah aku pergi, cahaya setia menunggu,
kerana ia adalah kebenaran.

Aku rakyat "Wilayah Cahaya."
aku dilahirkan di "Wilayah Cahaya."
ia adalah pegangan ku, raja ku, akidah ku.
dan Ia adalah cara hidup ku.

Kewujudan ku.

Malam Ini

Malam ini seperti tiada batas.
sampai bila.
harus aku.
menunggu.

Friday, July 12, 2013

How The Story Goes

Here's to you.

When I first found you,
you had a mask on your face.
Were you sad inside, were you mad,
I hadn't got the time to ask.

Cause, all that I ever had to do was to lift you up.

I said "Stand still now",
I tried to pull the mask off,
but you insisted to pull it back on,
I had never given up.

Cause, all that I ever had to do was to cheer you up.

I said "Enough already",
as I brought the words,
that you believed in,
and the mask you had on you face effortlessly fell into pieces as you smiled straight to me.

And that is the day that I can never forget. Will never forget.
cause, all that I ever wanted was standing right in front of me.