Thursday, May 30, 2013

Tabah

Walau dihentam bertalu,
Walau dipecah seribu,
Walau disepak terajang,
Walau dicincang pedang.

Tabahlah.

Dengar pukulan gendang,
Itulah bunyian harapan. Semangat.
Jadi gunalah jemari kecil yang tinggal itu,
Untuk mengutip cebis-cebisan badan.

Kutip satu persatu, cantum satu per satu,
Biar lama, asal cukup semua dikutip.
Digendong bersama, kerana kamu punyai maruah,
Jangan tinggalkan, walau secebis.


Sunday, May 26, 2013

Fasa

Fasa baru.

Ini sebuah fasa baru dalam hidup.

Perlu dipetik bintang baru dilangit,
Perlu ditulis hasrat yang baru,
Perlu ada impian baru,
Semua kena baru.

Ini sebuah fasa yang asing dalam hidup aku.

Perlu belajar berjalan lurus berkaki tempang,
Kondisi badan cacat cela,
Kondisi otak luar kawalan,
Semua tak kena.

Ini sebuah fasa yang aku tak suka.

Ini fasa baru yang malang.

Thursday, May 23, 2013

Sial...


Aku ni manusia biasa je,
Tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan,
Hanya seorang manusia normal,
Tak ada kehebatan unik.

Tapi didepanku ada seorang Puteri,
Tak nafikan dia memang mendahului aku dalam semua aspek.
Memang tak lah aku nak tegur dia, harapan,
Tengok dalam cermin pun tergelak sendiri.

Dalam tenungan aku, tiba-tiba dia toleh kat aku,
Sumpah demi Allah aku terkejut.
Lagi lagi bila dia senyum tepat kat aku,
Dalam hati aku, aku terus “Sial.”

Tuesday, May 21, 2013

Mimpi Realiti


Engkau wanita fantasi ku,
Menghidupkan imiginasi ku.
Meriangkan segala riaksi ku,
Dengan sikap persisi mu.

Engkau adalah seleksi ku,
Bukan untuk koleksi ku.
Tetapi untuk selalu disisi ku,
Dengan sikap asasi mu.

Ayuh jangan berhenti,
Teruskan berlari dan berlari,
Untuk mengejar mimpi,
Mimpi yang bakal menjadi realiti.

Patut Dibakar Sahaja


Jadi di kertas ini bukti perjalanan kita,
Ada aku tuliskan nama kita berdua,
Ada aku tuliskan kenangan kita berdua,
Ada aku tuliskan mimpi kita berdua.

Jadi di kertas ini bukti pengembaraan kita,
Ada aku tuliskan konfrontasi kita berdua,
Ada aku tuliskan konflik kita berdua,
Ada aku tuliskan perbalahan kita berdua.

Tapi dengan aturan Tuhan,

Nasib baik aku tulis dengan mata pensel,
Mudah aku padamkan semua.

Tak pernah kenal, tak pernah tahu.

Wahai Tuhan


Kehidupan ku,

Aku seorang insan yang penuh dengan kelemahan,
Hari demi hari aku melahirkan dosa,
Diri sendiri tak terdaya untuk mengimbas jumlahnya.
Wahai Tuhan, bantulah diriku.

Fikiran ku,

Namun aku sememangnya kesal dengan kekurangan ku,
Kenapa diriku tidak pernah untuk tersedar,
Tolong kejutkan hamba Mu ini dari mimpi dunia.
Wahai Tuhan, sedarkanlah diriku.

Perbuatan ku,

Segala puji bagi-Mu; aku bisu.
Segala puji bagi-Mu; aku pekak.
Segala puji bagi-Mu; aku buta.
Wahai Tuhan, terimalah diriku lagi.

Dosa ku,

Namun nafasku tak pernah putus,
Dan nyawaku masih Kau utus,
Sudah tiba masa untuk aku membalas semua jasa-Mu.
Wahai Tuhan; yang benar; sungguh; maafkanlah diriku ini.

Al-Wadud, Ar-Rahman, Al-Ghafur, As-Salam, Ar-Rahim, Al-Karim.

Wahai Manusia


Wahai Manusia,

Benarkan diri ku menjengukmu,
Sewaktu kau menjamah makanan.
Sedang aku melihat riak wajahmu,
Terfikir sejenak dua betapa seleranya.

Diriku masih di bawah melihat mu di atas,
Selesa sungguh diri mu di situ,
Berdudukan kerusi; Meja berlapikan kain,
Berpinggankan makanan; Bercawankan minuman.

Masih aku melihat gerak-geri jari-jemari mu,
Yang berjalan-jalan untuk mendapatkan nikmat mu itu.

Engkau mula memandang ke arah ku,
Aku kata aku mahu simpati, Aku mahu akan simpati.
Lalu kau lemparkan sedikit sisa makanan mu,
Berlari-lari aku mendapatkannya.

Tetapi walau makanan berlandaskan lantai kotor yang dipijak-pijak oleh kamu,
Tetap aku berterima kasih kepada mu wahai Manusia.
Dengar, wahai Manusia.


:- penulisan ini tentang kucing semata-mata

Cinta



Cinta ini bagai sebuah melodi,
Membuatkan ku ingin menari.
Jadi tunjuklah segala gerak-geri,
Itulah apa yang ku nanti.

Cinta ini bagai sebuah ilusi,
Membuat ku tercari-cari.
Jadi tunjuklah segala isi hati,
Itulah apa yang ku nanti.

Akan ku tayangkan segala padamu,
Selamanya takkan aku jemu.
Hingga akhirnya kau pun tahu,
Apa sebenar dalam isi hati ku.