Saturday, June 1, 2013
Pernah
Kanak-kanak tersenyum menari,
Dengan alunan badan mengikut melodi.
Kaki melangkah penuh gerak-geri,
Penuh dari kanan ke kiri.
Meloncat-loncat kesini sana,
Gelak tawa pabila terjatuh.
Berlari-lari tak kira apa,
Inilah cara mereka, sungguh.
Kanak-kanak oh kanak-kanak.
Namun... aku seperti sudah lupa,
Yang aku dahulunya juga pernah merasa gembira.
Who Could Sense
Who could sense something to sweep me away,
I thought my life was something unexceptional,
But there you are; making my life in ecstasy.
Who could sense something to blow me away,
It feels like living a brand new life,
Because there you are; making my life a vivacious.
And,
Who could sense something to take my breath away,
Now I know how does it feel to breathe a new air,
Because there you are; living our lives together.
Pagi
Tepis, tepis, tepis,
Terkena juga tempias.
Tunduk, tunduk, tunduk,
Jatuh juga di badan.
Elak, elak, elak,
Habis semua terkena.
Lari, lari, lari,
Tak kemana, masih kena.
Malas betul mandi pagi, dahlah air sejuk.
Kata Orang
Kata orang, dunia ini sangat pendek,
Tapi hari ini aku menyendiri terasa lama sangat.
Kata orang, umur panjang tak selalu terjadi,
Tapi hari ini aku rasa macam tua sangat.
Kata oranglah, aku mana tahu,
Yang aku rasa bosan, bosan, bosan.
Senyap dan Berambus
Bau engkau sangat busuk,
Sangatlah menusuk-nusuk.
Mulut engkau sangat celupar,
Macam nak bagi makan selipar.
Apa kata kau senyap dan berambus,
Bagi aku peluang hidup sendiri.
Zarul Iqram
Nama aku Zarul Iqram,
Aku bukan insan haram,
Aku ada masa silam,
Namun masa depan harap tak suram.
Panggil sahaja aku Zarul,
Jika perbuatan aku tersasul,
Aku harap janganlah dipukul,
Itu akan membuat diri aku lebih bahlul.
Aku bukannya sempurna,
Bukan bermakna aku cacat,
Maksud aku perangai aku,
Ia mungkin sedikit terencat.
Tapi,
Macamlah engkau semua kesah,
Apa yang aku coretkan di atas.
Jadi jangan ambil peduli,
Apa-apa pun aku minta diri.
Dunia Mereka
Mereka memberi engkau kata hasutan,
Satu per satu engkau percaya,
Termakan kata-kata mereka.
Mereka memberi engkau titik pandangan,
Dengan memutar segala makna,
Membelit kata-kata mereka.
Tiada kebenaran dalam semua tomahan,
Engkau jangan jadi lurus,
Usah engkau percaya terus.
Merekalah yang akan membaham sekecil-kecil insan,
Untuk sebesar-besar dunia.
:- Politik
Interogasi Tiada Hayat
Soalan yang di interogasi pada kau,
"Teruk sangat ke aku ni?"
Langsung tak terhasil jawapan dari kau.
Hakikatnya,
Aku rasa bukan aku yang teruk sangat,
Sebenarnya, bagi kau aku ni yang tak cukup baik.
Tepat,
Itu sebabnya kau tak terjawab,
Sebab bagi kau, sebenarnya aku tak cukup baik bagi kau.
Cuba jujur, kan senang. Kan?
"Teruk sangat ke aku ni?"
Langsung tak terhasil jawapan dari kau.
Hakikatnya,
Aku rasa bukan aku yang teruk sangat,
Sebenarnya, bagi kau aku ni yang tak cukup baik.
Tepat,
Itu sebabnya kau tak terjawab,
Sebab bagi kau, sebenarnya aku tak cukup baik bagi kau.
Cuba jujur, kan senang. Kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)