Walau dipecah seribu,
Walau disepak terajang,
Walau dicincang pedang.
Tabahlah.
Dengar pukulan gendang,
Itulah bunyian harapan. Semangat.
Jadi gunalah jemari kecil yang tinggal itu,
Untuk mengutip cebis-cebisan badan.
Kutip satu persatu, cantum satu per satu,
Biar lama, asal cukup semua dikutip.
Digendong bersama, kerana kamu punyai maruah,
Jangan tinggalkan, walau secebis.